Pembekuan Pekerja | KSM & KDN akan bincang segera

2022-07-14 0

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan Indonesia untuk menghentikan kemasukan pekerja warganegaranya ke Malaysia buat sementara waktu.

Menurut KSM dalam kenyataan pada Rabu, perbincangan itu akan diadakan dengan segera bagi menangani isu-isu berkaitan kemasukan pekerja dari negara jiran berkenaan, termasuk berhubung kemasukan pekhidmat domestik Indonesia.